1)  ASAS ICT - REKA JADUAL SEKOLAH - MICROSOFT EXCEL

Tarikh         : 7 Jun 2024

Masa          : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menggunakan tool excel untuk membuat jadual dan memberikan panduan kepada mereka untuk mengira menggunakan formula dari data yang diletakkan di dalam jadual. Selain itu, petugas juga memgajar pengguna untuk edit data dalam chart yang telah dimasukkan ke dalam excel.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Excel .Setelah itu, petugas mengajar pengguna untuk memasukkan data ke dalam cell excel dan cara untuk membuat jadual setelah selesai memasukkan data ke dalam cell tersebut. Pengguna juga diajar untuk menggunakan formula dan memasukkan pie chart ke dalam sheet tersebut dan cara edit data berdasarkan jadual.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana pengguna mempelajari lebih banyak teknik dan trik di dalam excel bagi memudahkan kerja/tugasan mereka . Petugas juga menggalakkan pengguna untuk lebih banyak menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual atau dokumen yang melibatkan pengiraan kerana lebih mudah dan sistematik. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.