PENDIDIKAN

 

 

Pengenalan

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali terletak di dalam kawasan perumahan Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali. Kebanyakan  daripada penduduk Sg.masin belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali kerana jarak di antara sekolah dengan Kampung Sg.Masin adalah lebih dekat berbanding dengan sekolah menengah yang lain.

 

Tarikh Pembukaan

 

Pembukaan  SMK Bandar Baru Batang Kali bermula dengan pelantikan pengetua pada Disember 2000. Pada Januari 2001, seramai 277 orang pelajar dan 23 tenaga pengajar telah memulakan sesi persekolahan.

 

Alamat

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali

 

Seksyen 3, Bandar Utama, 44300 Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan

 

Telefon                       : 0360573820.

 

 

Taman Bimbingan Kanak-Kanak Tabika Kemas Kg Sungai Masin

 

Tabika ini terletak bersebelahan dengan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Masin .

Tabika kemas mula beroperasi lebih kurang 20 tahun yang lalu. Tabika ini hanya mempunyai seorang tenaga pengajar sahaja yang bernama Hasmah bt Hj. Mohammed. Beliau memulakan tugas beliau pada 1 Ogos yang lalu. Tabika Kemas ini mampu memuatkan seramai 20 orang murid yang berdaftar sahaja .

Waktu operasi

Isnin sehingga Jumaat  (8.00pg – 12.00tgh)

 

 

SEKOLAH KEBANGSAAN KG KUANTAN, HULU SELANGOR

 

          Sekolah ini didirikan pada tahun 1951 secara gotong royong oleh penduduk kampung. Ketika itu sekolah ini hanya mempunyai 2 kelas yang terdiri daripada 25 orang. Sekolah ini dulunya dikenali sebagai sekolah melayu yang hanya mempunyai seorang guru iaitu Abdul Manan b. Mohd. Ali. Beliau jugalah yang menjadi Guru Besarnya. Pada tahun 1981 Kementerian Pendidikan telah mendirikan sebuah bangunan baru iaitu bangunan dua tingkat yang lebih lengkap, hinggalah satu lagi bangunan tiga tingkat didirikan pada tahun 1998. Sekolah ini telah menghasilkan ramai anak didik yang berjaya ke peringkat tertinggi (universiti). Prestasi sekolah juga berkembang dengan baik sehingga pernah mencapai kejayaan 98% kelulusan murid pada tahun 1986.

           Setakat pada tahun ini, sekolah ini telah mempunyai 18 guru dan 4 orang staff sokongan dengan pimpinan guru Besarnya iaitu Pn Sarina Bt Shaari.

                                                                            

kg kuantan

 

SEKOLAH KEBANGSAAN KG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/