PENGENALAN
KSM NIAGA ENTERPRISE merupakan salah satu pusat IKS yang terdapat di kawasan kampong Sg. Masin. KSM NIAGA ENTERPRISE beroperasi pada tahun 1996. Pemiliknya, Mohd Ishkandar b. Hamdan, telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dalam pembuatan gril, besi tempawan dan awning. Pada masa yang sama, En. Ishkandar juga telah membuka sebuah restoran iaitu Restoran Kanda, yang juga bernaung di bawah KSM NIAGA ENTERPRISE.
Waktu Operasi
Kedai Impalan : 9.00pg – 6.00ptg
Restoran Kanda : 7.00pg – 10.00mlm
PENGENALAN
Pn. Suziana mengusahaan perniagaan berbentuk mini catering, dan frozen food. Beliau menerima tempahan majlis kenduri kecil-kecilan seperti doa selamat dan lain-lain. Produk frozen beliau termasuk kuih karipap, pau, sardine roll, dan kasturi.Setelah adanya kemudahan seperti media sosial dan aplikasi chat perniagaan menjadi lebih mudah dengan promosi secara langsung menerusi FB dan Whatsapp. Selain itu, dengan kemudahan internet di Pi1M membolehkan beliau untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau keapda pengunjung-pengunjung Pi1M dan dengan mengikuti Bengkel Keusahawanan serta Dashboard Komuniti –MyShop. Oleh kerana masakan dan produk frozen beliau yang sedap, beliau berpeluang untuk menjadi pembekal kuih muih dan pelbagai aneka jenis pencuci mulut ke Institut Aminuddin Baki. Kini pendapatan bersih beliau boleh mencapai sehingga RM1000-RM2000. Pn Suziana juga mengambil seorang pekerja untuk membantu beliau dari memasak sehingga membungkus makanan frozen. Pekerja beliau dibayar mengikut hari.
Facebook page : https://www.facebook.com/suziana.ismail.165
PENGENALAN
Lot A Bakery Enterprise telah menjalankan perusahaan selama 16 tahun dan syarikat ini telah didaftarkan dibawah SSM. Pengusaha , Mahanum binti Hj Mhd Shah yang berusia 52 tahun, telah memulakan perniagaan secara kecil- kecilan dengan menjual kuih-muih seperti bahulu, kuih bakar atau bahulu kemboja, kek, kek gula hangus, kek mangkuk dan muffin. Dengan hasil daripada jualan kuih tradisional tersebut, Pn. Mahanum sedikit sebanyak dapat menyimpan modal untuk memperluaskan perniagaan beliau.
Diatas permintaan yang semakin meningkat, Pn. Mahanum telah memohon kepada Jabatan Pertanian dan Risda bagi mendapatkan peruntukan untuk membeli ketuhar, mesin pembancuh, pengelip kuih dan sebuah bengkel memproses kuih. Kini, Pn. Mahanum telah mempunyai stor untuk menyimpan barang-barang asas membuat produk. Stor tersebut juga dijadikan sebagai bilik pameran hasil produk.
Kebanyakan pelanggan- pelanggan Pn. Mahanun datang dari pelbagai negeri dan membuat tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis-majlis yang lain. Disebabkan penghasilan produk yang berkualiti, kuih-muih yang dihasilkan mendapat pujian dan memuaskan hati pelanggan-pelanggan beliau.
Facebook page : Lot A Bakery Enterprise
Laman web : www.baulucikanum.komuniti-niaga.com