PENGENALAN PEDi KG SG.MASIN

PEDi Kg Sg.Masin mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman  portal komuniti kami. PEDi Kg Sg.Masin merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd. dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. 

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PEDi Kg Sg.Masin sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PEDi Kg Sg.Masin diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan

PEDi Kg Sg.Masin mula beroperasi secara rasmi pada 7 September 2013. sejak wujudnya PEDi Kg Sg.Masin ini, penduduk di sekitar Kampung Sungai Masin sangat berbesar hati akan kemudahan yang telah disediakan. PEDi Kg Sg.Masin juga menjadi salah sebuah pusat sehenti bagi penduduk untuk menggunakan kemudahan bukan sahaja internet dan bengkel latihan, malahan PEDi Kg Sg.Masin juga menjadi tempat penduduk untuk membayar bil-bil utiliti mereka.

Sejak beroperasinya PEDi Kg Sg.Masin ini, seramai 2 orang pengurus dan 2 orang penolong pengurus telah dan sedang bekerja di PEDi Kg Sg.Masin ini. Berikut adalah senarai petugas yang telah dan masih bekerja di PEDi Kg Sg.Masin.

Pengurus

I) Muhammad Aiman ( September 2013 - Disember 2015)

II) Siti Marjan Binti Daud (Januari 2016 - Kini )

 

Penolong Pengurus

I) Faiznur Asyura Binti Mohd Yatim (Januari 2016 - Januari 2017)

II) Siti Balkis Binti Ishak ( Februari 2017 - Kini )

1                                     2

              PENGURUS                                                              PENOLONG PENGURUS

       Siti Marjan Binti Daud                                                           Siti Balkis Binti Ishak