HUDA'S HEAVEN RESORT

Merupakan lokasi percutian santai yang penuh dengan aktiviti seperti mandi manda, memancing, besukan seperti berbasikal dan permainan ping pong dan banyak lagi. Pihak resort jugak ada menyediakan perkhidmatan katering dan BBQ.

                                                      Photo Sep 28 7 38 31 AM                                                                                            IMG 8552

                                                     13105 858417460891750 9051462236952215877 n

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi pihak Huda's Heaven Resort

Email :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Resort TNERE ( TERATAK NALYS ECO RESORT & EQUESTRIAN)

Merupakan sebuah pusat percutian resort dan latihan rekreasi yang berkonsepkan alam semulajadi serta memiliki suasana kampung yang masih mengekalkan kehijauan alam yang pasti menjanjikan pengalaman yang santai dan menenangkan.

TNERE juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik bagi pengunjung yang menginginkan aktiviti-aktiviti yang lasak dan mencabar antaranya Paintball Target Shooting, Horse Riding, Flying Fox, Jungle Trekking dan lain-lain.

TNERE bukan sahaja sesuai di kunjungi oleh kaum keluarga malah pihak TNERE juga menawarkan pakej seperti Team Building, Perkhemahan untuk pelajar sekolah, Kem Bina Semangat, Majlis Reunion dan sebagainya.

DSC 0329

DSC 0399

IMG01514-20110703-1020

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi pihak TNERE di talian

Facebook : https://www.facebook.com/search/top/?q=teratak%20nalys%20eco%20resort%20%26%20equestrian%20batang%20kali

 

 

Kolam Air Panas Hulu Tamu

Merupakan tempat pelancongan yang paling hampir dengan Kampung Sungai Masin. Terletak di Hulu Tamu dan dibuka 24jam setiap hari. Kolam air panas ini menyediakan tempat letak kereta yang luas, tandas, pondok dan pelbagai kemudahan bagi pengunjung yang datang ke kolam air panas ini.

 

 

Dusuntara Jungle Retreat

 

Dusuntara Jungle Retreat merupakan salah satu pencutian berkonsepkan Alam Semulajadi. Dusuntara Jungle Retreat hanya satu jam perjalanan dari KL ke Batang Kali. 
Tempat yang begitu aman dan tenang, membolehkan anda untuk menikmati dan mendengar deruan alam semulajadi. Tambahan pula, ia merupakan tempat terbaik dan sesuai untuk anda meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan untuk lari dari kesibukan bandar.

Aktiviti yang boleh dilakukan :-

* Jungle Trekking
* BBQ
* Team Building
* Kolam Renang
* Memancing

Laman Web : dusuntarajungleretreat.com

Untuk info yang lebih lanjut boleh layari ke

laman Facebook https://www.facebook.com/Hawkam141414

Sumber gambar diperolehi dari : 
https://www.facebook.com/Hawkam141414

14680516 1815215508722312 6376215707352046995 n