Tercari-cari makanan yang unik lagi sedap? Bamboo Biryani istimewa dari Batang Kali ini amat disyorkan.

Pernah dengar nasi dimasak dalam buluh? Unik bukan? Ha.. uniknya lagi ia bukan nasi biasa tetapi nasi baryani yang mempunyai rasa asli dari India. Anda akan dihidang dengan nasi baryani bersama lauk lengkap yang dimasak dalam buluh terus ke pinggan.
 
Rasa baryani ini berbeza daripada baryani biasa kerana ia lebih aroma dan terasa bumbunya sebati dengan nasi dan lauk yang dihidangkan. Lauk pula pelbagai, bukan hanya ayam dan daging tetapi uniknya mereka mempunyai Lobster Baryani.
 
Pelbagai jenis seafood dan daging juga tersedia untuk dipilih untuk dimasak dalam bamboo bersama nasi biryani. Semuanya dimasak mengguna resepi rahsia ayah mereka turun temurun. Rasa dia memang tak kedekut bahan dan rempah.

Set menu:
🔥 USA Lobster Bamboo Biryani (1kg) - RM200
🦀 Crab Bamboo Biryani - antara RM50 hingga RM80
🦐 Giant Freshwater Prawn Bamboo Biryani - RM80
🍗 Lamb Shank Bamboo Biryani - RM45.00
🍗 Venison Bamboo Biryani - RM35.20

Side dishes:
- Kadal Kavalai Poriyal (Seafood Platter) - RM55
- BBQ Lamb Shank - RM45
- Jigarthanda Signature Drink - RM15

【BATANG KALI BAMBOO BRIYANI】
: 12pm - 6pm (Isnin cuti)
**(Wajib tempah 1 hari lebih awal)**

21558835 171290296767363 596503552756324620 n               22196170 175349186361474 6274318756257663859 n

28168449 218488548714204 7842756070194656636 n 71115181 500461980516858 5534978303439405056 n

 

 

ROTI JOHN 2 ROTI  JOHN GEDEBUK

roti john 3 rj4

ROTI JOHN CHEESE GEDEBUK 

Pada para pengemar roti john, boleh lah mencuba resipi terbaru roti john cheese gedebuk ini dengan harga yang berpatutan. Ia boleh di dapati di pasar pagi Batang Kali, pasar malam Kuala Kubu Bharu, pasar malam Behrang 2020 ataupon melalui penghantaran ke rumah.

Untuk Tempahan Sila Hubungi : 017-2918569

Facebook : https://www.facebook.com/rotijohncheesegedebukk/

 

15941415 1856350147942181 8661947030565033779 n

PAU YUSDAR

 

Kalau datang batang kali 
jangan lupa cuba Pau Yudar hanya di Warung Pak Long sebelahan klinik desa batang kali
Pau yang unik, lembut, sedap & bentuk lain dari pada yang lain.

Berbagai rasa :-
+ coklat
+ kaya
+ ayam
+ kelapa
+kacang merah
+ sardin
+ bluberry
+ strawberry

Untuk Tempahan sila hubungi :
Facebook : cita yusdar
Instagram : pau_yusdar

 

 

 

 

ANOMALY LOT A BAKERY ENTERPRISE

 

Pengenalan

Lot A Bakery Enterprise telah menjalankan perusahaan selama 16 tahun dan syarikat ini telah didaftarkan dibawah SSM. Pengusaha , Mahanum binti  Hj Mhd Shah yang berusia 52 tahun, telah memulakan perniagaan secara kecil- kecilan dengan menjual kuih-muih seperti bahulu, kuih bakar atau bahulu kemboja, kek, kek gula hangus, kek mangkuk dan muffin. Dengan hasil daripada jualan kuih tradisional tersebut, Pn. Mahanum sedikit sebanyak dapat menyimpan modal untuk memperluaskan perniagaan beliau.

Diatas permintaan yang semakin meningkat, Pn. Mahanum  telah memohon kepada Jabatan Pertanian dan Risda bagi mendapatkan peruntukan untuk membeli ketuhar, mesin pembancuh, pengelip kuih dan sebuah bengkel memproses kuih.  Kini, Pn. Mahanum telah mempunyai stor untuk menyimpan barang-barang asas membuat produk. Stor tersebut juga dijadikan sebagai bilik pameran hasil produk.

Kebanyakan pelanggan- pelanggan Pn. Mahanun  datang dari pelbagai negeri dan membuat tempahan  untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis-majlis yang lain. Disebabkan penghasilan produk yang berkualiti, kuih-muih yang dihasilkan mendapat pujian dan memuaskan hati pelanggan-pelanggan beliau.

Facebook page            : Lot A Bakery Enterprise

Laman web                 : www.baulucikanum.komuniti-niaga.com