1) ASAS KEUSAHAWANAN - MYTAX REGISTRATION FOR BUSINESS OWNER

Tarikh         : 17 Ogos 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : NADI Kg Sungai Masin

Peserta      : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk medaftar cukai perniagaan masing-masing. Petugas juga memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada bagaimana cara untuk membayar cukai perniagaan mereka secara online banking sahaja.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Laman Web LHDN. Setelah petugas memberi penerangan ringkas cara log in ke dalam system, petugas akan memastikan pengguna mempunyai butiran perniagaan sebelum membuat pendaftaran dan perniagaan berdaftar dengan SSM terlebih dahulu. Petugas juga akan memastikan pengguna untuk memuat turun setelah selesai mendaftar cukai tersebut

    • Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna bagi menggalakkan pengguna untuk membayar cukai mereka secara online .Secara tidak langsung, ia menjadikan pengguna lebih mandiri dan serba boleh serta celik IT. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

 

2) E-LEARNING - KUIZ SEJARAH KEMERDEKAAN

Tarikh         : 18 Ogos 2024

Masa          : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sungai Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti berfaedah dengan petugas memperbanyakkan aktiviti mengenai kuiz umum selain dari subjek yang dipelajari di sekolah.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Laman Web Word Wall. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, pelajar dikehendaki untuk log in ke dalam laman web kuiz yang selalu di ajar di NADI dan pelajar memilih kuiz yang ingin dijawab oleh mereka. Pelajar mendapat sedikit cenderahati setelah selesai menjawab kuiz berikut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat menggalakkan mereka untuk hadir di NADI menyertai pelbagai aktiviti menarik dengan membuat aktiviti yang berfaedah dan interaktif. Pelajar sekolah juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini

 

3) STEM IOT - E-KELAS MAXIS (AI LESSON)

Tarikh         : 24 Ogos 2024

Masa          : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sungai Masin

Peserta      : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi waktu pelajar sekolah dengan aplikasi pembelajaran mudah dan percuma dari maxis e-kelas. Petugas juga menggalakkan pelajar untuk menyertai pelbagai tusyen percuma dan menjawab perbagai kuiz sambil mengumpul mata untuk ditebus kemudian

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Maxis E-kelas. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan pelajar mempunyai akses gmail/emel gmail untuk log masuk ke dalam sistem tersebut dan pelajar menjawab beberapa kuiz dan latihan untuk mengumpul mata ganjaran. Petugas juga memastikan pelajar menyimpan butiran log masuk.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Selain itu, ia menjadikan aktiviti tambahan ini sebagai ilmu asas mereka. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi NADI antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini