1) STEM IOT - DRONE STIMULATION

Tarikh         : 13 Julai 2024

Masa          : 4.00 Petang - 6.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sg Buaya

Peserta      : 15 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pertunjukkan stimulasi drone kepada pelajar sekolah untuk sesi terakhir bengkel robotic. Petugas juga menunjukkan kepada pelajar cara mengendalikan drone tanpa menggunakan remote berdasarkan coding stimulasi yang telah dibuat sebelum itu.

AKTIVITI

    • Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Drone Stimulation. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas mendedahkan kepada pelajar dengan panduan program sebelum menyertai program tersebut. Petugas juga memastikan pelajar memahami konsep coding dan programming asas sebelum ditunjukkan stimulasi dron tersebut.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pelajar kerana dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah diakses serta dapat menggalakkan golongan cilik untuk meminati STEM sejak dari awal persekolahan lagi. Selain itu, ia menjadikan aktiviti tambahan ini sebagai ilmu asas mereka. Pelajar juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi NADI antaranya Maklumat Palsu dan Sebenarnya.my.