1)  ASAS ICT - REKA JADUAL SEKOLAH - MICROSOFT EXCEL

Tarikh         : 7 Jun 2024

Masa          : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk menggunakan tool excel untuk membuat jadual dan memberikan panduan kepada mereka untuk mengira menggunakan formula dari data yang diletakkan di dalam jadual. Selain itu, petugas juga memgajar pengguna untuk edit data dalam chart yang telah dimasukkan ke dalam excel.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Microsoft Office Excel .Setelah itu, petugas mengajar pengguna untuk memasukkan data ke dalam cell excel dan cara untuk membuat jadual setelah selesai memasukkan data ke dalam cell tersebut. Pengguna juga diajar untuk menggunakan formula dan memasukkan pie chart ke dalam sheet tersebut dan cara edit data berdasarkan jadual.

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pengguna kerana pengguna mempelajari lebih banyak teknik dan trik di dalam excel bagi memudahkan kerja/tugasan mereka . Petugas juga menggalakkan pengguna untuk lebih banyak menggunakan Microsoft Excel untuk membuat jadual atau dokumen yang melibatkan pengiraan kerana lebih mudah dan sistematik. Pengguna juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan Promosi NADI antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

 

2) ASAS KEUSAHAWANAN - SHOPEE SELLER CENTRE FINANCE

Tarikh         : 7 Jun 2024

Masa          : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk untuk memuat naik produk ke dalam shopee – seller centre. Petugas juga menggalakkan peniaga untuk memuat naik produk sendiri mereka secara online dan mengajar peniaga untuk meletakkan bank untuk urusan transaksi online dan melihat aturan kewangan dengan mudah.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Shopee Seller Centre. Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer serta pengguna membawa gambar produk mereka yang telah disunting background. Petugas juga memastikan pengguna sudah mencuba untuk menjual produk mereka di dalam shopee

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peniaga kecil/sedia ada kerana dapat menggalakkan peniaga untuk menggunakan platform e dagang untuk berniaga. Secara tidak langsung, ia menjadikan peniaga lebih cekap mengendalikan perniagaan menerusi laman e dagang. Peniaga kecil/sedia ada juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru NADI antaranya Online Scam dan Sebenarnya.my.

 

3)   ASAS ICT - PANDUAN MENGISI ONLINE FORM UNTUK WEB FRIM

Tarikh         : 10 Jun 2024

Masa          : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna laman web cara untuk log in ke dalam system FRIM dengan petugas memberi panduan kepada pengguna cara untuk mengemas kini data bulanan terbaru kedalam system FRIM.

  • AKTIVITI

    Aktiviti utama di mulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang sistem FRIM dan cara untuk log in sistem. Setelah memberikan penerangan ringkas tentang system FRIM, petugas akan memastikan pengguna mempunyai ID dan kata laluan yang sudah sah didaftarkan serta pengguna log keluar system setelah tamat sesi  penggunaan.

    Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada pekerja sektor awam KEMAS kerana dapat memberikan pendedahan untuk lebih mahir menggunakan system terbaru yang telah dikemaskini dan dapat menyesuaikan diri supaya mahir menggunakan system memandangkan pengguna perlu mengemaskini data secara bulanan