1)  LATIHAN KEUSAHAWANAN - KELAS SHOPEE SELLER CENTRE

Tarikh         : 4 April 2024

Masa          : 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi        : NADI Kg Sg Masin

Peserta      : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peniaga kecil/sedia ada untuk untuk membuka akaun shopee seller centre dari awal. Selain itu, petugas juga memperkenalkan mereka dengan sistem seller centre untuk penjual dan mengajar mereka untuk memasukkan produk jualan ke dalam shopee.

AKTIVITI

Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas oleh petugas tentang Shopee Seller Centre .Setelah itu, petugas akan memastikan pengguna mempunyai asas penggunaan komputer dan mempunyai akaun emel yang aktif untuk dijadikan sebagai akaun mendaftar di mana-mana website. Petugas juga memastikan pengguna mempunyai gambar produk/jualan mereka untuk dimasukkan ke dalam shopee

Ia banyak memberi kebaikan / kelebihan kepada peniaga kecil/sedia ada kerana dapat menggalakkan peniaga untuk menggunakan platform e dagang untuk berniaga. Secara tidak langsung, ia menjadikan peniaga lebih cekap mengendalikan perniagaan menerusi laman e dagang. Peniaga kecil/sedia ada juga diberikan aktiviti sokongan iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak dan  Promosi Perkhidmatan Baru PEDi antaranya Check Your Label dan Sebenarnya.my.

Klik Gambar Di Sini