"Hello? Kami daripada Bank Negara Malaysia dan akaun anda disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah dan akan dibekukan…”

Apabila anda terima panggilan daripada "pihak berkuasa" yang mendakwa penglibatan anda dalam aktiviti jenayah, jangan panik! Ingat, pihak berkuasa TIDAK akan minta duit daripada anda untuk tujuan proses siasatan. Jangan sesekali mendedahkan maklumat perbankan (seperti kata laluan dan OTP) anda kepada sesiapa .

Jika anda telah menjadi mangsa penipuan kewangan, segera hubungi bank anda atau NSRC melalui 997.