Padah menyebarkan berita palsu berkaitan kematian satu keluarga akibat Covid-19, seorang peniaga kuih didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, pada Khamis. Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Affendi Kamal Haminuddin, 39, selepas dia membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Elakkan jadi penyebar berita palsu!   Tidak Pasti Jangan Kongsi!