Covid19 telah memberi kesan kepada para pelajar, terutamanya calon-calon SPM 2020. Ramai yang ketinggalan dalam pelajaran tetapi mereka perlu menduduki SPM pada Februari 2021. Bagi memenuhi tanggungjawab sosial, Sasbadi bersama-sama dengan Huawei dan TM One sedang menawarkan i-LEARN Ace secara percuma untuk membantu calon-calon SPM membuat persiapan terakhir. i-LEARN Ace Akaun Pelajar SPM merupakan Portal Pembelajaran Digital dengan fungsi-fungsi:- | Nota lengkap untuk 13 mata pelajaran teras dan pilihan | Penilaian Praktis Objektif | Penilaian Praktis Subjektif | Video-video pembelajaran | Penilaian melalui Kertas Ujian dan Kertas Percubaan berformatkan peperiksaan sebenar Sistem Penandaan Otomatis dan fungsi Pelaporan membolehkan anda mengetahui prestasi semasa untuk anda lebih yakin sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Jom kita cuba!